Wednesday, September 1, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431HIJRAH


Panitia Sejarah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga kerja

SMK (P) Temenggong Ibrahim

khususnya pada guru-guru di bawah panitia Sejarah. Moga usaha dan semangat untuk memajukan anak bangsa akan terus mekar bersemi dalam hati tiap warga pendidik.


Ucapan ini juga ditujukan kepada semua warga murid

SMK (P) Temenggong Ibrahim,

moga lebaran kali ini akan memberi 1001 makna pada kita

yang boleh dijadikan kenangan indah pada masa akan datang.



Kepada semua anak didik juga diucapkan selamat bercuti bagi sesi pertengahan tahun 2010. Sekolah saja yang cuti tetapi buku tetap perlu dibaca kerana ilmu itu tiada sempadan had, masa dan tempat. Bagi calon-calon PMR, SPM dan STPM, peperiksaan awam semakin mendekati, gunakanlah waktu cuti sekolah ini untuk mengulangkaji pelajaran, memperbaiki mana-mana yang masih kurang baik dan mahirkan mana-mana yang telah difahami. Moga usaha anda akan membuahkan hasil yang luar biasa!


Juga diingatkan supaya menjaga diri masing-masing sepanjang cuti persekolahan & Hari Raya. Elahkan diri dari terdedah dengan risiko-risiko yang boleh mendatangkan bahaya pada diri dan orang sekeliling. Jangan menyesal setelah berlaku musibah.


Akhir kata, moga kita semua sentiasa berada dalam lindungan ALLAH S.W.T. sentiasa..

Sambutlah lebaran dengan kesederhanaan tetapi penuh kesyukuran...

Sunday, August 29, 2010

Tahniah Para Pemenang!

Tahniah diucapkan pada pemenang Pertandingan Menulis Esei anjuran Persatuan Sejarah SMK (P) Temenggong Ibrahim


Kategori Menengah Rendah:
Tempat Pertama : Chua Wei Sing (2 Pluto)
Tempat Kedua : Maya Fitriah Aulia Asri (2 Waruna)
Tempat Ketiga : Nurul Hasanah bt. Muhamad Yusof (1 Jupiter)


Kategori Menengah Atas:

Tempat Pertama : Nur Amirah Farhanah bt. Hashim (4 Bumi)
Tempat Kedua : Nur Fatin Syahirah bt. Mohd. Yusof (4 Utarid)
Tempat Ketiga : Amalina Nabilah bt. Md. Razif (4 Marikh)
Sijil penyertaan akan diberikan pada peserta yang mengantarkan penyertaannya melalui AJK yang dilantik. Terima Kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.

Apa Erti Kemerdekaan Pada Kita Hari Ini?

Bentuk-bentuk perjuangan pada hari kini telah berubah dari masa ke masa. Jika dahulu sewaktu negara kita dijajah, pemimpin-pemimpin tempatan berusaha mengembalikan semula kedaulatan Tanah Melayu hingga sanggup korbankan nyawa dan harta benda. Banyak usaha telah dilakukan oleh tokoh pejuang negara bagi mendapatkan kemerdekaan negara. Perwira banyak terkorban di medan perjuangan demi anak bangsa yang merdeka. Tidak ketinggalan golongan wanita yang dominan sebagai kaum yang lemah juga mengangkat senjata dan dengan berani mempertahankan maruah bangsa, tanpa gentar pada peluru-peluru yang tidak bermata serta hujan bom yang mengerikan. Tiada kata yang dapat digambarkan betapa peritnya perjuangan mereka hanya semata-mata hendak memastikan generasi kini mendapat keamanan dan kesejahteran.
Itu bentuk perjuangan waktu dahulu..
Kini bentuk perjuangan kita telah berubah...
Hari ini kita tidak perlu lagi penderitaan itu semua, kita lahir di bumi yang sudah sedianya merdeka, aman, maju dan makmur. Segala kemudahan telah ada, bekalan elektrik, jalan raya, makanan, tempat tinggal, malah bukan itu sahaja rezekinya. Jadi apa perlunya kita berjuang demi negara? Malangnya inilah yang bermain di minda anak generasi sekarang. Mereka terlalu disogokkan dengan pelbagai macam kesenangan dan kemewahan hingga tidak pernah mengenal erti kesusahan dan penderitaan. Sungguh, kesenangan itu membinasakan..
Namun tidak semua generasi kini bersifat pentingkan diri sendiri, ada juga kesedaran yang timbul jauh di sudut hati. Hari ini kita berjuang dengan cara yang baru, tidak perlu berkorban nyawa namun cabarannya semakin berat. Mempertahankan maruah negara adalah satu tanggungjawab yang bukan hanya menghormati lagu Negaraku, bukan hanya mengingat Rukun Negara dan bukan hanya mengibarkan Jalur Gemilang, malah lebih dari itu!! Walau apa pun yang kita lakukan hari ni, ke mana pun kita pergi hari ini maruah negara hendaklah dipelihara, terlalu subjektif hendak dihuraikan.
Walaupun terlalu subjektif, namun kita boleh lakukan dengan cara yang paling mudah! Jangan menghina negara, sentiasa berusaha memajukan diri untuk memajukan negara, belajar bersungguh-sungguh dan jadilah pemimpin berwawasan, bangunkan ekonomi kita supaya negara-negara luar hormat pada Malaysia. Ada banyak lagi sebenarnya yang kita boleh lakukan...
Salam Kemerdekaan pada semua pembaca...!!

Friday, August 27, 2010

1 Malaysia Menjana Transformasi


Mari sama-sama kita nyanyikan lagu di bawah ini dengan penuh rasa cinta & bangga pada negara kita, MALAYSIA!

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk semangat 1 Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan

Pencapaian diutamakan
Perpaduan merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan 1 Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina 1 Malaysia
1 Malaysia jadi pegangan
Rukun Negara teras panduan
1 Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Pencipta : Nik Nnizam
Lirik : Longkha


Klik di b awah untuk muat turun lagu 1 Malaysia:
http://www.4shared.com/audio/0WeqDeYb/SatuMalaysia.html


Panitia Sejarah tahun 2010 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53, tahun 2010 kepada semua pelajar SMK (P) Temenggong Ibrahim, staf akademik, staf non akademik serta orang perseorangan yang terllibat sama-sama menjayakan matlamat 1 Malaysia

Thursday, August 26, 2010

Nuzul Quran & Lailatul Qadar

Peristiwa Nuzul Quran enjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi pelengkap sebagaimana kitab Al-Quran hari ini. Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat,17 Ramadhan tahun ke-14 keputeraan Nabi Muhammad SAW.
Perkataan "Nuzul" beerti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW, maka ia memberi makna terlalu besar kepada umat Ialam terutama yang serius memikirkan rahsia Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmah, syifa, nur, furqan dan memberi penjelasan bagi umat manusia. Segala isi kandungannya benar. Al-Quran juga dikenali dengan Al-Nur beerti cahaya yang menerangi.
Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat Quran yang mula-mula diturunkan Allah melalui perantaraan malaikat Jibrail, ialah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang bermaksud "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, Tuhan mu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
Tahun 2010, kita menyambutnya pada 27 Ogos, jatuhnya pada hari Jumaat. Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan kita kepada ALLAH SWT, moga Ramadan tahun ini akan menemukan kita dengan Malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Monday, August 23, 2010

Sekitar Pertandingan Menulis Esei Persatuan Sejarah



Setinggi-tinggi tahniah & terima kasih diucapkan kepada AJK yang dilantik serta semua peserta pertandingan. Pertandingan telah berjalan seperti yang dirancang serta mengikut jangka waktu yang ditetapkan. Sambutan yang diberikan oleh pelajar amat menggalakkan.




Pertandingan telah diadakan pada 18 Ogos 2010 bertempat di kelas Tingkatan 1Bumi & 1 Marikh. Pemenang akan diumumkan semasa Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan & Sains Sosial pada 30 Ogos 2010. Sebanyak 3 tempat menanti untuk diberikan kepada 3orang peserta terbaik mengarang esei. Sijil penyeraan pula akan diberikan kepada mereka yang telah menhantarkan penyertaan.



Tuesday, August 17, 2010

Pertandingan Esei Sempena Bulan Kemerdekaan 2010

Persatuan Sejarah dengan kerjasama AJK yang dilantik, akan menganjurkan pertandingan Menulis Esei bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan SMK (P) Temenggong Ibrahim. Pertandingan akan dilangsungkan pada 18 Ogos 2010 bertempat di kelas Tingkatan 1 Marikh & 1 Bumi. Esei yang dikarang haruslah bertemakan "1 Malaysia Menjana Transformasi".

Untuk lebih maklumat, sila rujuk pada edaran promosi di setiap kelas.

Terima kasih kepada AJK yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan Menulis Esei ini