Tuesday, May 25, 2010

Mari Ulangkaji Sejarah!

Kepada semua murid Tingkatan 2, berikut merupakan pengkhususan nombor soalan beserta bab bagi Peperiksaan Setengah Tahun 2010 (Tajuk Tingkatan 1):

Soalan 1-2 Bab 1
Soalan 3-4 Bab 2
Soalan 5-6 Bab 3
Soalan 7-8 Bab 4
Soalan 9-14 Bab 5
Soalan 15-16 Bab 6
Soalan 17 Bab 7
Soalan 18 Bab 9
Soalan 19 Bab 10
Soalan 20 Bab 11

Bagi soalan 21 hingga 60 merupakan tajuk-tajuk Tingkatan 2 (Bab1-4)


Panitia sekali lagi mengucapkan Selamat Menjawab kepada semua murid!

Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun dipilih sebagai tarikh sambutan Hari Guru kerana pada tarikh yang sama pada tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of Education Commetti) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Kini dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak dan menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Panitia Sejarah SMK(P) Temenggong Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru terutamanya yang berkhidmat di sekolah ini. Bakti guru tiada batasnya, jasa guru tidak terhingga, mendidik manusia mengenal membaca dan mengira. Ikuti sebahagian rangkap sajak ciptaan Usman Awang (1979):
Dialah pemberi yang paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa dialah sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Thursday, May 13, 2010

Selamat Berjaya!

Semua guru-guru Panitia Sejarah mengucapkan semoga berjaya kepada semua pelajar SMK (P)Temenggong Ibrahim dalam menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun bermula minggu hadapan. Persiapkan diri supaya dapat menjawab semua soalan dengan mudah dan tepat. Usaha baik yang berterusan akan memberikan hasil yang baik pada masa hadapan. Semua anak didik kami, Selamat Berjaya!

Kota Johor Lama

Kota Johor Lama terletak di tebing kiri sungai Johor iaitu kira-kira 27 km bandar Kota Tinggi. Jika melalui Desaru dan memasuki Teluk Sengat mengambil kira-kira 30 km. Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Sultan Johor kedua 1528-1564). Baginda telah membina sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudiannya ditambak dengan tanah yang kini dikenali sebagai Kota Johor Lama. Salah satu batu yang digunakan adalah batu karang yang diambil dari dasar laut. Binaan kubu ini dikatakan sangat kukuh hingga tidak mudah pecah apabila terkena peluru meriam musuh. Malah binaan kubu yang berada di tebing sungai yang curam menyukarkan tentera musuh untuk mendaki. Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johhor menjadi sebuah negeri yang kuat hingga dapat mematahkan serangan Acheh dan Portugis beberapa kali.

(Sumber daripada Muzium Kota Tinggi)

Monday, May 10, 2010

Kubu Budak

Terletak di muara Sungai Johor Lama, bertentangan dengan Kampung Johor Lama. Pengunjung boleh menyeberangi Sungai Johor Lama melalui Kampung Johor Lama untuk berkunjung dan melihat Kubu Budak ini.
Kubu Budak merupakan pusat pertahanan kedua yang terpenting selepas Kota Batu dan dapat mengawal laluan Sungai Johor Lama. Menurut rakyat tempatan, kubu ini dibina oleh sekumpulan budak (kanak-kanak). Budak ini mengambil sekepal tanah setiap seorang dan sedikit demi sedikit mereka membina sebuah kubu yang luas. Mengambil perbuatan budak-budak inilah maka kubu ini dinamakan Kubu Budak. Kini, Kubu Budak tersebut tidak lagi kelihatan dengan jelas kerana telah dinaiki rumput yang tumbuh di dinding-dinding kubu tersebut, lantaran ianya dibina daripada tanah...
Walau bagaimanapun, iktibar yang dapat kita ambil di sini adalah semangat memperjuangkan dan mempertahankan tanah air yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut. Sungguhpun pemikiran mereka belum matang, namun kanak-kanak ini telah mengerti erti kedaulatan tanah air lalu mempertahankannya.
(Sumber daripada Muzium Kota Tinggi)

Sunday, May 2, 2010

Makam Bendahara Tun Habab (Habib)

Terletak kira-kira 3km dari bandar Kota Tinggi. Makam ini terletak dalam satu kawasan perkuburan yang luas. Sejarah mencatatkan Bendahara Tun Habab Abdul Majid memakai gelaran Paduka Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana Johor dan telah mangkat pada tahun 1697. Ayahandanya merupakan pemangku raja kepada Sultan Alauddin Riayat Shah III. Bendahara Tun Habib telah ditabalkan menjadi raja dengan menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Shah VI. Keturunan Bendahara Tun Habab telah memperluaskan kuasa empayar Johor. Anakanda baginda, Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu yang pertama, keturunannya berterusan hinggalah hari ini. Tunku Tengah, puteri baginda telah berkahwin dengan Daeng Perani dan keturunannya menjadi Sultan Johor hingga sekarang. Tun Abas, putera baginda pula menjadi Bendahara Seri Maharaja Pahang dan keturunannya menjadi Sultan Pahang hingga hari ini. Oleh itu, salasilah keturunan Sultan Johor, Pahang dan Terengganu sekarang ini adalah berasal dari Bendahara Tun Habib (Sultan Abdul Jalil Shah VI).