Thursday, March 25, 2010

Kucingku Comel!!



Lihatlah dibawah ini beberapa kisah kucing yg pernah dicatatkan dalam sejarah agama Islam, pasti diluar pengetahuan anda..;)

1. Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.

2. Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

3. Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.

Menarikkan?! Disebabkan kucing ada orang dimasukan ke dalam neraka, sebab kucing juga Nabi mengelarkan Abdul Rahman bin Sakhr sebagai Abu Hurairah (bapa kucing) dan disebabkan kucing juga kajian menunjukkan boleh mengurangkan darah tinggi dan stress.

Fakta Menarik Mengenai Facebook

Sejak diperkenalkan untuk umum pada tanggal 26 September 2006, kini Facebook telah menjadi website social networking dengan jumlah pengguna terbanyak di dunia. Menurut catatan rasmi dari Facebook, saat ini telah ada sekitar 300 juta pengguna aktif. Di mana 50% dari angka tersebut setiap harinya menggunakan Facebook.

Dibawah ini ada beberapa fakta menarik yang diperoleh dari Facebook :

•Rata-rata pengguna memiliki 130 teman di Facebook
•Ada lebih dari 45 juta update status setiap hari
•Setiap bulannya ada 2 miliar foto yang di-upload ke Facebook
•Ada lebih 3 juta event yang dibuat setiap bulannya oleh pengguna Facebook
•70% pengguna Facebook berada di luar Amerika Syarikat
•Lebih dari 8 miliar minit dihabiskan untuk bermain Facebook setiap harinya
•Ada sekitar 350 ribu aplikasi aktif yang menggunakan platform Facebook
•Ada sekitar 65 juta pengguna aktif yang mengakses Facebook melalui peringkat selular
•Ada 180 operator selular di 60 negara yang turut mempromosikan produk Facebook

Monday, March 22, 2010

Sejarah Bendera Malaysia



Sebelum wujudnya bendera Malaysia yang kini dinamakan sebagai "Jalur Gemilang", asal kejadian bendera ini sebenarnya bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Menarik bukan?

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu Semasa dikibarkan di Bangunan United Nation
Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.
Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-
Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.


Sejarah Bendera Malaysia

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Melaysia pada 16 September, 1963.
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Kini, inilah bendera yang kita guna pakai sebagai satu simbol penyatuan rakyat, ditambah dengan konsep gagasan Satu Malaysia...

Batu Bersurat Yg Berat



Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kaji selidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat di rumahnya. Polis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut.

Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

Sebab tu la sekarang Pos Malaysia dah tak guna basikal lagi...=)

(AMARAN: Bahan ini sekadar jenaka sahaja)

Laungan "Merdeka!" kali Pertama di Tanah Melayu



Tahukah anda, di manakah lokasi pertama bergemanya laungan "Merdeka!" yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman? Selalu kita sangka bahawa tempatnya adalah di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur. Namun sangkaan itu adalah kurang tepat kerana tempat pertama bergemanya laungan itu adalah di Melaka.

Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan tarikh kemerdekaan sekembalinya Rombongan Merdeka dari London. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 20 Februari 1956 ini merupakan satu episod penting dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara.

Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Jadi selepas ini, anda sudah tahu ye...

Tuesday, March 16, 2010

Kabinet Tanah Melayu Pertama



Gambar ini bertarikh 10/9/1957

Jemaah Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang ulung telah mengadakan mesyuarat yang pertama di Majlis Undangan Persekutuan, Kuala Lumpur pada 10.9.57. Dalam mesyuarat ini buat kali pertamanya pemimpin-pemimpin tempatan telah mengambil alih tempat pegawai-pegawai Inggeris.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Di dalam kabinet ini semua Menteri adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin Perikatan UMNO-MCA-MIC yang memenangi Pilihanraya umum 1955 melainkan Col. H. S. Lee tetapi diberi portfolio sebagai Menteri Kewangan.

Fakta Menarik...

Fakta yang diberikan di bawah ini bukanlah semata-mata tentang sejarah perkembangan tamadun atau yang seumpamanya sahaja. Harus pembaca set dalam minda bahawa sejarah bukan hanya membicarakan tentang kerajaan dahulu kala, tentang tinggalan fosil dan artifak sahaja. Sejarah merentas segala ilmu pengetahuan yang ada dalam dunia ini, seperti yang telah dihuraikan dalam artikel sebelum ini. Ada banyak fakta menarik yang mahu penulis kongsikan, tetapi sebagai permulaan, mari kita kenali tentang tubuh badan kita. Oleh itu, mari sama-sama kita lihat dan ketahui beberapa fakta yang menarik untuk kita kongsi bersama:

1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

2. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

3. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

4. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km

5. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

6. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

7. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

8. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

9. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

10. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

11. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

12. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

13. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

14. Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

15. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.


Kan banyak fakta-fakta di atas tidak kita semua ketahui sebelum ini kan?

Jumpa lagi...

FAKTA MENARIK TENTANG SEJARAH..

Sejarah merupakan satu ilmu yang menarik dan seronok untuk diterokai, jika seseorang itu mempunyai minat yang mendalam. Sejarah menarik kerana ia berkaitan dengan alam kehidupan kita sama ada kenangan lalu atau kehidupan terkini. Jika tiada masa lalu, masa kini dan masa hadapan tidak pasti lagi. Manusia juga belajar untuk menjadi sempurna melalui pembelajaran dari masa lalu dan ITULAH FAKTA SEJARAH! Lantaran itu, sejarah amat berkait rapat dengan kehidupan di alam semesta!
Mengapa alam semesta? Tahukah anda setiap yang ada di muka bumi ini dan di angkasa mesti mempunyai permulaan kehidupannya. Bulan, matahari, bintang, langit terbentuk hasil dari ekologi alam semesta. Tumbuhan, binatang dan manusia juga mempunyai permulaan sebelum mempunyai kehidupan selama berabad-abad. Formula sains dan penciptaan radio aktif juga mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah.
Berjumpa lagi akan datang untuk fakta sejarah yang lebih menarik lagi!