Alhamdulillah, dalam meniti Ramadhan ini kita semakin bermuhasabah dengan diri & penciptaanNYA. Biasalah fenomena ini akan terasa hangatnya semasa bulan Ramadhan sahaja (itu yang mendukacita). Ramai orang bertaubat dan mengurangkan aktiviti perbuatan mazmumah ini pada bulan ini, namun ini tidak berlanjutan untuk setahun lagi akand datang.
Ramai yang hendak mengumpat tapi tidak jadi kerana Ramadhan...
Ramai orang yang hendak buat maksiat tapi tertangguh kerana Ramadhan...
Ramai orang hendak banyak berderma kerana bulan Ramadhan...
Ramai orang pergi ke masjid pada malam hari kerana bulan Ramadhan...
Ramai yang dulu tidak solat tapi kini solat kerana bulan Ramadhan...
Semua kebaikan kerana Ramadhan, memang benarlah Ramadhan itu datangnya dengan keberkatan yang sangat banyak...
Namun persoalannya sekarang:
Adakah kita mendapat Ramadhan yang sempurna?
Adakah solat yang kita tingkatkan ini akan berkekalan?
Adakah kebaikan yang kita lakukan ini akan berpanjangan?
Adakah derma yang kita hulurkan ini akan berterusan?
Adakah....adakah.....dan adakah.....?
Tidak perlu saya menjawab persoalan ini kerana anda (pembaca yang berfikir) yang perlu menjawabnya senndiri...
Mari sama-sama muhasabah diri
Mari sama-sama ingat-mengingati
Mari sama-sama pesan-berpesan
Mari sama-sama kembali kepada ajaran Nabi Muhammad S.A.W
Mari sama-sama mohon keampunan dari Allah S.W.T
Sejarah Merentas Kurikulum...
Monday, August 16, 2010
Tuesday, August 10, 2010
SALAM RAMADHAN
Alhamdulillah bertemu lagi kita pada Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan Ogos 2010. Selawat & Salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Syukur atas nikmat kurniaan Allah A.W.T. pada kita selama ini di muka bumi.
Moga kita sama-sama dapat menggunakan bulan yang penuh kemuliaan ini untuk beramal meningkatkan amalan dan seterusnya pahala, menginsafi diri serta bertaubat atas segala kesalahan & kengkuhan kita selama ini. Maha Suci Allah Yang Maha Menyayangi & Maha Mengasihani hamba-hambanya.
PUASA - bukan hanya menahan lapar, dahaga serta nafsu semata-mata. Puasa adalah satu cara pengabdian diri kita pada Allah. Selama ini Allah telah beri kita pelbagai macam kesenangan, kemudahan malah segala-galanya! Kita tidak akan hidup walau sesaat pun jika tanpa kasihan Allah. Oleh itu, sewajarnyalah kita ini mengucapkan syukur atas nikmat yang dianugerahi.
PUASA - perkara yang lebih besar (tapi kita selalu kecil-kecilkan) adalah mengawal akal fikiran & nafsu. Tingkah laku adalah lahir daripada akal & hati. Jika akal & hati ini kotor, maka kotor jugalah tingkah laku kita (mengumpat, tidak bersyukur, bermegah diri sama ada megah dengan harta, kedudukan & pangkat, ego, menghina dan pelbagai lagi sifat mazmumah).
PUASA - selalunya meriahnya kerana adanya bazar ramadhan, kuih, pelbagai makanan & minuman, pakaian, imarahkan masjid & surau yang telah usang (usang kerana sudah lama tidak diimarahkan). Bulan ramadhan jugalah orang akan berfikir dua kali untuk mengumpat, bergelak ketawa, melakukan perkara yang kurang berfaedah dan macam-macam kemungkaran lagi. TAPI SEBENARNYA KITA LUPA bahawa puasa adalah juga tingkatkan amalan-amalan solat, meriahnya ramadhan kerana rahmat Allah terbentang seluas-luasnya untuk manusia yang mahu berfikir, malaikat diturunkan ke bumi untuk bersama-sama berdoa & mengaminkan doa kita. Malaikat bawa doa kita kepada Allah. Ya Allah betapa besarnya Rahmat-MU! TAPI KITA SELALU LUPA.....
PUASA - adalah anugerah Allah, memberi peluang kepada manusia untuk menginsafi diri, bertaubat & kembali ke pangkal jalan. Seluas-luas pengampunan diberikan kepada Allah pada sesiapa yang mahu beribadat & bertaubat. Alangkah indahnya nikmat hidup ini jika kita kekalkan segala amalan, ibadat dan tingkah laku baik ini sepanjang hidup kita? Bukan sekadar bulan ramadhan semata-mata...
MARI KITA MUHASABAH DIRI BERSAMA-SAMA (termasuklah penulis juga)
Thursday, August 5, 2010
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan SMK (P) Temenggong Ibrahim tahun 2010 yang berlangsung pada 2 Ogos 2010 di Dewan Seri. Majlis tetap meriah diraikan walaupun Peperiksaan Percubaan PMR sedang berlangsung di kelas Tingkatan 3. Usaha yang jitu dan semangat bekerjasama antara guru murid, antara guru sesama guru di bawah Bidang Sains Sosial serta sokongan padu daripada murid-murid dapat dilihat dalam majlis-majlis seumpama ini.
Pelbagai aktiviti telah dirancang daripada gabungan beberapa persatuan dan kelab yang bernaung di bawah Bidang Sains Sosial. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah pertandingan menulis esei, TIGS Idols, pameran buku skrap, pertandingan melukis poster, melukis mural, mini konsert kemerdekaan serta beberapa lagi aktiviti menarik telah dirancang untuk murid-murid. Murid seharusnya mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat-bakat terpendam malah berpeluang memenangi hadiah-hasiah menarik juga! Jadi, jangan tunggu lagi, nantikan sahaja promosi-promosi yang diedarkan dari kelas ke kelas dan segera menghantar nama anda kepada pihak penganjur.
Wednesday, July 21, 2010
Catatan perjalanan ke Candi Pengkalan Bujang
.jpg)
.jpg)
Asalnya tapak ini di Kampung Pengkalan Bujang, Merbok dan terletak di tebing sebelah timur Sungai Bujang. Candi ini ditemui berkembar dengan tapak 22 Candi Pengkalan Bujang. Pada tahun 1976 dan 1977 candi ini telah dibina semula dan dipindahkan ke kawasan Muzium Arkeologi Lembah Bujang oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti.
.jpg)
Candi ini mengandungi sebuah struktur yang berbentuk stupa lapan penjuru yang mengarah timur laut. Struktur candi ini secara keseluruhannya terdiri daripada batu bata sebagai binaan asas bangunan. Berdasarkan jumpaan paku besi dan asas pelapik tiang yang ditemui membuktikan bahagian badan candi ini diperbuat daripada kayu. Walau bagaimanapun, arah tangga yang terdapat tidak menunjukkan seperti mengarah memasuki ke bangunan candi. Candi ini mempunyai lubang di bahagian tengah.
Antara jumpaan menarik di tapak candi ini adalah patung terrakota Buddha, patung terrakota berbentuk gajah, patung Boddhisatwa, patung gangsa, kepala kala, cincin emas, subang, batu berukir huruf Pallava, paku besi dan manik dari kaca.
Penemuan arkeologi ini membuktikan bahawa candi Pengkalan Bujang merupakan Candi Buddha yang dibina sekitar kurun ke-11 masihi hingga kurun ke-12 masihi.
Thursday, July 15, 2010
Candi Bukit Batu Pahat, Lembah Bujang
Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman dan bacaan yang dilakukan oleh penulis untuk tatapan pembaca semua. Candi Bukit Batu Pahat merupakan candi induk kepada candi-candi di Lembah Bujang. Runtuhan candi ini telah dibina semula di tempat asalnya pada tahun 1960. Seni bina ini berunsur Hindu Siva dengan Vimana dan Mandapa sebagai strukturnya.Bahan binaan utamanya ialah batu granit yang dipahat di batu hampar yang terdapat di tebing sungai Merbok Kecil berhampiran tapak ini. Penyelidikan arkeologi menunjukkan atap candi diperbuat daripada daun nipah.
Ant
ara jumpaan menarik dan penting yang ditemui di tapak ini termasuklah lapan buah cepu batu bertutup yang berisi abu mayat. Terdapat juga bahan pemujaan berupa peripih daripada emas, perak dan tembaga dengan imej nandi, lingga, bunga teratai, kura-kura dan dewi sedang duduk. Penemuan tersebut membuktikan tapak candi ini merupakan candi yang berunsurkan tantrik kepada ajaran Hindu dan pemujaan sakhti.
ara jumpaan menarik dan penting yang ditemui di tapak ini termasuklah lapan buah cepu batu bertutup yang berisi abu mayat. Terdapat juga bahan pemujaan berupa peripih daripada emas, perak dan tembaga dengan imej nandi, lingga, bunga teratai, kura-kura dan dewi sedang duduk. Penemuan tersebut membuktikan tapak candi ini merupakan candi yang berunsurkan tantrik kepada ajaran Hindu dan pemujaan sakhti.Quatrich Wales memberikan tarikh candi ini dibina pada abad ke tujuh hingga ke lapan masihi. Walau bagaimanapun, kalangan Sarjana lebih cenderung mencadangkan Candi Bukit Batu Pahat dibina sekitar kurun ke 12 masihi dan kurun ke 13 masihi sebagai tarikh yang lebih tepat..jpg)
.jpg)
Di belakang penulis adalah kawasan batu hampar, tempat batu granit dipahat dan digunakan untuk membina candi
Sunday, July 4, 2010
Lawatan ke Lembah Bujang, Kedah
Pada cuti sekolah yang lalu, penulis telah menjejaki kesan tapak candi yang terdapat di Lembah Bujang. Perasaan ingin tahu menyebabkan penulis bersama sorang rakan telah melakukan kajian terhadap kawasan tersebut. Terdapat sebuah muzium dibina bagi memudahkan pengunjung mendapatkan informasi tentang kawasan tinggalan sejarah tersebut. Disekelilingnya pula terdapat beberapa candi yang telah dibina semula bagi tatapan pengunjung. Hanya Candi Bukit Batu Pahat saja yang tidak diubah kedudukannya kerana hasil kajian arkeologi, Canti Batu Pahat merupakan candi utama bagi candi-candi kecil yang lain. Berikut merupakan petikan daripada sumber Arkib Negara tentang L:embah Bujang.Lembah Bujang merupakan kawasan yg terkenal sejak kurun pertama masihi lagi dan menjadi tempat persinggahan yg penting bagi pedagang India utk ke negeri China dan sebaliknya. Gunung Jerai pula menjadi pedoman penting bg kapal dagang yg memasiku Sungai Merbok di kawasan Lembah Bujang. Di sinilah membangunnya Lembah Bujang sbg sebuah kawasan pusat pentadbiran dan perkembangan agama Hindu-Budha masa dahulu.
Antara kesan tinggalan sejarah di Lembah Bujang yg merangkumi kawasan seluas 224 km persegi ini adalah candi-candi dan artifak-artifak pemujaan agama Hindu-Budha. Beberapa buah candi telah ditemui spt Candi Pengkalan Bujang, Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pendiat dll.
.jpg)
Candi batu Pahat dipercayai dibina dalam kurun ke-6 masihi. Penemuan ahli arkeologi menunjukkan candi ini dibina menggunakan batu-batu pejal.
.jpg)
Sunday, June 6, 2010
Kerja Rumah untuk Anda..
Sila klik pada link di bawah untuk mendapatkan kerja rumah anda:
Bagi murid Tingkatan 1, sila klik di bawah:
http://www.4shared.com/file/nX0-5r5z/KERJA_RUMAH_TINGKATAN_1.html
Bagi murit Tingkatan 2, sila klik di bawah:
http://www.4shared.com/file/yS5egZkT/KERJA_RUMAH_TINGKATAN_2.html
Bagi murid Tingkatan 1, sila klik di bawah:
http://www.4shared.com/file/nX0-5r5z/KERJA_RUMAH_TINGKATAN_1.html
Bagi murit Tingkatan 2, sila klik di bawah:
http://www.4shared.com/file/yS5egZkT/KERJA_RUMAH_TINGKATAN_2.html
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)