Monday, March 22, 2010

Laungan "Merdeka!" kali Pertama di Tanah Melayu



Tahukah anda, di manakah lokasi pertama bergemanya laungan "Merdeka!" yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman? Selalu kita sangka bahawa tempatnya adalah di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur. Namun sangkaan itu adalah kurang tepat kerana tempat pertama bergemanya laungan itu adalah di Melaka.

Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan tarikh kemerdekaan sekembalinya Rombongan Merdeka dari London. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 20 Februari 1956 ini merupakan satu episod penting dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara.

Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Jadi selepas ini, anda sudah tahu ye...

No comments:

Post a Comment