Monday, May 10, 2010

Kubu Budak

Terletak di muara Sungai Johor Lama, bertentangan dengan Kampung Johor Lama. Pengunjung boleh menyeberangi Sungai Johor Lama melalui Kampung Johor Lama untuk berkunjung dan melihat Kubu Budak ini.
Kubu Budak merupakan pusat pertahanan kedua yang terpenting selepas Kota Batu dan dapat mengawal laluan Sungai Johor Lama. Menurut rakyat tempatan, kubu ini dibina oleh sekumpulan budak (kanak-kanak). Budak ini mengambil sekepal tanah setiap seorang dan sedikit demi sedikit mereka membina sebuah kubu yang luas. Mengambil perbuatan budak-budak inilah maka kubu ini dinamakan Kubu Budak. Kini, Kubu Budak tersebut tidak lagi kelihatan dengan jelas kerana telah dinaiki rumput yang tumbuh di dinding-dinding kubu tersebut, lantaran ianya dibina daripada tanah...
Walau bagaimanapun, iktibar yang dapat kita ambil di sini adalah semangat memperjuangkan dan mempertahankan tanah air yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut. Sungguhpun pemikiran mereka belum matang, namun kanak-kanak ini telah mengerti erti kedaulatan tanah air lalu mempertahankannya.
(Sumber daripada Muzium Kota Tinggi)

No comments:

Post a Comment