Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun dipilih sebagai tarikh sambutan Hari Guru kerana pada tarikh yang sama pada tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of Education Commetti) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Kini dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak dan menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Panitia Sejarah SMK(P) Temenggong Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru terutamanya yang berkhidmat di sekolah ini. Bakti guru tiada batasnya, jasa guru tidak terhingga, mendidik manusia mengenal membaca dan mengira. Ikuti sebahagian rangkap sajak ciptaan Usman Awang (1979):
Dialah pemberi yang paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa dialah sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

No comments:

Post a Comment