Monday, August 16, 2010

Meniti Ramadhan

Alhamdulillah, dalam meniti Ramadhan ini kita semakin bermuhasabah dengan diri & penciptaanNYA. Biasalah fenomena ini akan terasa hangatnya semasa bulan Ramadhan sahaja (itu yang mendukacita). Ramai orang bertaubat dan mengurangkan aktiviti perbuatan mazmumah ini pada bulan ini, namun ini tidak berlanjutan untuk setahun lagi akand datang.

Ramai yang hendak mengumpat tapi tidak jadi kerana Ramadhan...
Ramai orang yang hendak buat maksiat tapi tertangguh kerana Ramadhan...
Ramai orang hendak banyak berderma kerana bulan Ramadhan...
Ramai orang pergi ke masjid pada malam hari kerana bulan Ramadhan...
Ramai yang dulu tidak solat tapi kini solat kerana bulan Ramadhan...
Semua kebaikan kerana Ramadhan, memang benarlah Ramadhan itu datangnya dengan keberkatan yang sangat banyak...

Namun persoalannya sekarang:
Adakah kita mendapat Ramadhan yang sempurna?
Adakah solat yang kita tingkatkan ini akan berkekalan?
Adakah kebaikan yang kita lakukan ini akan berpanjangan?
Adakah derma yang kita hulurkan ini akan berterusan?
Adakah....adakah.....dan adakah.....?

Tidak perlu saya menjawab persoalan ini kerana anda (pembaca yang berfikir) yang perlu menjawabnya senndiri...

Mari sama-sama muhasabah diri
Mari sama-sama ingat-mengingati
Mari sama-sama pesan-berpesan
Mari sama-sama kembali kepada ajaran Nabi Muhammad S.A.W
Mari sama-sama mohon keampunan dari Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment