Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah bertemu lagi kita pada Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan Ogos 2010. Selawat & Salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Syukur atas nikmat kurniaan Allah A.W.T. pada kita selama ini di muka bumi.

Moga kita sama-sama dapat menggunakan bulan yang penuh kemuliaan ini untuk beramal meningkatkan amalan dan seterusnya pahala, menginsafi diri serta bertaubat atas segala kesalahan & kengkuhan kita selama ini. Maha Suci Allah Yang Maha Menyayangi & Maha Mengasihani hamba-hambanya.

PUASA - bukan hanya menahan lapar, dahaga serta nafsu semata-mata. Puasa adalah satu cara pengabdian diri kita pada Allah. Selama ini Allah telah beri kita pelbagai macam kesenangan, kemudahan malah segala-galanya! Kita tidak akan hidup walau sesaat pun jika tanpa kasihan Allah. Oleh itu, sewajarnyalah kita ini mengucapkan syukur atas nikmat yang dianugerahi.

PUASA - perkara yang lebih besar (tapi kita selalu kecil-kecilkan) adalah mengawal akal fikiran & nafsu. Tingkah laku adalah lahir daripada akal & hati. Jika akal & hati ini kotor, maka kotor jugalah tingkah laku kita (mengumpat, tidak bersyukur, bermegah diri sama ada megah dengan harta, kedudukan & pangkat, ego, menghina dan pelbagai lagi sifat mazmumah).

PUASA - selalunya meriahnya kerana adanya bazar ramadhan, kuih, pelbagai makanan & minuman, pakaian, imarahkan masjid & surau yang telah usang (usang kerana sudah lama tidak diimarahkan). Bulan ramadhan jugalah orang akan berfikir dua kali untuk mengumpat, bergelak ketawa, melakukan perkara yang kurang berfaedah dan macam-macam kemungkaran lagi. TAPI SEBENARNYA KITA LUPA bahawa puasa adalah juga tingkatkan amalan-amalan solat, meriahnya ramadhan kerana rahmat Allah terbentang seluas-luasnya untuk manusia yang mahu berfikir, malaikat diturunkan ke bumi untuk bersama-sama berdoa & mengaminkan doa kita. Malaikat bawa doa kita kepada Allah. Ya Allah betapa besarnya Rahmat-MU! TAPI KITA SELALU LUPA.....

PUASA - adalah anugerah Allah, memberi peluang kepada manusia untuk menginsafi diri, bertaubat & kembali ke pangkal jalan. Seluas-luas pengampunan diberikan kepada Allah pada sesiapa yang mahu beribadat & bertaubat. Alangkah indahnya nikmat hidup ini jika kita kekalkan segala amalan, ibadat dan tingkah laku baik ini sepanjang hidup kita? Bukan sekadar bulan ramadhan semata-mata...

MARI KITA MUHASABAH DIRI BERSAMA-SAMA (termasuklah penulis juga)

No comments:

Post a Comment