Thursday, August 26, 2010

Nuzul Quran & Lailatul Qadar

Peristiwa Nuzul Quran enjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi pelengkap sebagaimana kitab Al-Quran hari ini. Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat,17 Ramadhan tahun ke-14 keputeraan Nabi Muhammad SAW.
Perkataan "Nuzul" beerti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW, maka ia memberi makna terlalu besar kepada umat Ialam terutama yang serius memikirkan rahsia Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmah, syifa, nur, furqan dan memberi penjelasan bagi umat manusia. Segala isi kandungannya benar. Al-Quran juga dikenali dengan Al-Nur beerti cahaya yang menerangi.
Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat Quran yang mula-mula diturunkan Allah melalui perantaraan malaikat Jibrail, ialah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang bermaksud "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, Tuhan mu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
Tahun 2010, kita menyambutnya pada 27 Ogos, jatuhnya pada hari Jumaat. Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan kita kepada ALLAH SWT, moga Ramadan tahun ini akan menemukan kita dengan Malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

No comments:

Post a Comment