Thursday, August 5, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010




Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan SMK (P) Temenggong Ibrahim tahun 2010 yang berlangsung pada 2 Ogos 2010 di Dewan Seri. Majlis tetap meriah diraikan walaupun Peperiksaan Percubaan PMR sedang berlangsung di kelas Tingkatan 3. Usaha yang jitu dan semangat bekerjasama antara guru murid, antara guru sesama guru di bawah Bidang Sains Sosial serta sokongan padu daripada murid-murid dapat dilihat dalam majlis-majlis seumpama ini.



Pelbagai aktiviti telah dirancang daripada gabungan beberapa persatuan dan kelab yang bernaung di bawah Bidang Sains Sosial. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah pertandingan menulis esei, TIGS Idols, pameran buku skrap, pertandingan melukis poster, melukis mural, mini konsert kemerdekaan serta beberapa lagi aktiviti menarik telah dirancang untuk murid-murid. Murid seharusnya mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat-bakat terpendam malah berpeluang memenangi hadiah-hasiah menarik juga! Jadi, jangan tunggu lagi, nantikan sahaja promosi-promosi yang diedarkan dari kelas ke kelas dan segera menghantar nama anda kepada pihak penganjur.

No comments:

Post a Comment